Don't be sad. Allah is there for you.

Don't be sad. Allah is there for you.

Wednesday, February 23, 2011

ANTARA KELUHAN DAN KESABARAN..

Semasa Abu Hassan mengerjakan ibadah haji, tiba-tiba ia terpandang pada seorang wanita yang berseri wajahnya lalu dia berkata,
 "Demi Allah, aku tidak pernah melihat wanita yg berseri wajahnya sebelum ini. Tentu kamu tidak pernah mengahadapi sebarang masalah"

Mendengarkan demikian, lalu wanita itu menjawab, 
"Apa yg kamu katakan katakn itu tidak benar.Aku sendiri sedang menanggung penderitaan yg amat sangat dan dalam masalah ini, tiada sesiapa yg boleh dipersalahkan."
"Bagaimana boleh terjadi demikian," Tanya Abu Hassan.
Jawab wanita ini,"Suatu hari, suamiku telah menyembelih seekor kambing dengan disaksikan oleh keempat-empat anakku.
Seorang telah berkahwin, dua masih kanak-kanak dan yg bongsunya masih menyusu. Berkatalah anakku yg tengah kepada adiknya, "Kamu ingin tahu bagaimana ayah kita menyembelih kambing?" Si adik pun mengangguk.Maka dilentangkan adiknya lalu disembelih.

Melihatkan darah yg mengalir, dia menjadi takut lalu lari ke dalam hutan.Akhirnya dia dimakan oleh serigala di sana.
Suamiku yg pergi mencarinya di hutan turut meninggal kerana kehausan. Aku pun keluar dari rumah untuk mencari suamiku dengan meninggalkan anak kecil. 

Anak inipun merangkak ke dapur lalu ditariknya periuk nasi yang sedang mendidih maka tersimbahlah air panas ke badannya dan dia mati di situ.

 (cian budak comey2 mati muda..ish3..tp ni bkn gambar sebenarlah yer.)

"Berita ini sampai kepada anakku yg tua. Kerana terkejut,dia jatuh pengsan lalu mati. Kini tinggallah aku sebatang kara.
Soal Hassan lagi, "Bagaimana kamu boleh bersabar dengan ujian yg amat hebat ini?" 
Jawab wanita ini,"Sesungguhnya antara kesabaran dan keluhan adalah dua jalan yg berbeza.Sabar ialah dengan memperbaiki batiniah, membersihkan hati serta menerima segala sesuatu itu kerana Allah. Adapun mengeluh adalah sifat dan tanda orang yg tidak ikhlas kepada Allah kerana dia tidak dapat menerima sesuatu itu sebagai takdir untuknya..

Tuesday, February 22, 2011

منزلة صاحب القرءان KEDUDUKAN / MARTABAT AHLI AL-QURAN

1) عن جابر بن عبد الله أن رسول الله صلى الله عليه وسلم كان يجمع بين الرجلين من قتلى أحد في ثوب واحد ثم يقول:" أيهما أكثر أخذا للقرآن". فإذا أشير له إلى أحدهما قدمه في اللحد، قال:" أنا شهيد على هؤلاء". وأمر بدفنهم بدمائهم ولم يصل عليهم ولم يغسلهم . (صحيح أخرجه الإمام البخاري وأبوداؤد والترمذي والنسائي وابن ماجه)

Daripada Jabir bin Abdillah ra bahawa Rasulullah SAW meletakkan jenazah dua orang yang mati shahid di Medan Uhud di dalam satu liang lahad dan Baginda bertanya : “yang manakah di antara mereka berdua ini yang lebih banyak mengambil (menghafal) al-Quran ?”. apabila ditunjukkan kepadanya (yang lebih banyak hafalannya) di antara mereka berdua, maka Rasulullah SAW meletakkannya di hadapan di dalam susunan liang lahad itu. Dan Rasulullah SAW bersabda : “Aku menjadi saksi ke atas mereka ini” (saksi bahawa merekalah yang bersungguh-sungguh di medan peperangan hingga mati shahid). Rasulullah SAW memerintah dikebumikan mereka itu dengan darah-darah mereka tanpa disolat dan tanpa dimandikan jenazah mereka itu.
2) عَنْ هِشَامِ بْنِ عَامِرٍ ، قَالَ شَكَى إِلَى رسولِ الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْجَراحَاتِ يَوْمَ أُحُدٍ، فَقَالَ : " اُحْـفُرُوْا وَأَوْسِعُوا وَأَحْسِنُوْا ، وَادْفِـنُوْا الاِثْنَـيْنِ وَالثَّلاَ ثَةَ فِي قَـبْرٍ وَاحِدٍ ، وَقَدِّمُوا أَكْـثَرَهُمْ قُرْآناً "، فَمَاتَ أَبِيْ فَقُدِّمَ بَيْنَ يَدَيْ رَجُلَيْنِِ..
(حسن صحيح أخرجه الإمام الترمذي وأبوداؤد والنسائي وابن ماجه وأحمد)
Daripada Hisham bin Aamir ra berkata : dia pernah mengadu kepada Nabi SAW tentang (bagaimana pengkebumian) jenazah yang shahid di medan peperangan Uhud , Rasulullah SAW menjawab : “Koreklah liang kubur , luaskan dan elokkanlah (liang untuk mereka) seterusnya kebumikan dua atau tiga orang di dalam satu liang kubur . Letaklah yang paling hadapan (susunan di dalam liang kubur itu) orang yang lebih banyak menghafal al-Quran”... (kata perawi hadis ini) di antara yang shahid adalah bapaku maka di letakkan di hadapan jenazah yang lain
Pengajaran :
1)  1) Nabi SAW meletakkan jenazah ahli al-Quran lebih ke hadapan daripada yang lain mengikut kadar hafalan mereka, bukti kemulian ahli al-Quran.
2)     2) Hendaklah kita memuliakan apa yang dimuliakan oleh Baginda Nabi SAW.
3)  3) Mereka yang menghafal, mendekati dan memuliakan al-Quran , pasti akan dimuliakan kedudukan mereka di sisi Allah Taala.
4)      4) Orang yang mati shahid wajib dikebumikan tanpa mandi, tanpa kafan dan tanpa solat jenazah.
5)    5) Bukti kemuliaan orang yang mati shahid di medan peperangan fi sabilillah;
    a. Tidak dimandi dan tidak dikafankan kerena darah dan   kesan luka itu akan menjadi kebanggaan dan perhiasan mereka di hari akhirat nanti.
 b. Tidak disolatkan kerana besarnya pahala shahid dan itu sudah cukup memberi syafaat kepada mereka.

Prepared by,
Nor Aishah bt Zainal Abidin,
Bachelor of Islamic Education,
University Of Malaya.