Subhanallah...
Kali ini, Smiley ingin berkongsi dengan semua pengalaman saya dalam mengenali erti persahabatan yang sebenar. Ya, kita perlukan sahabat untuk bersama-sama kita dalam meniti arus perjuangan yang masih panjang ini. Mungkin bagi setengah orang tak perlulah untuk memiliki seorang insan yang digelar sahabat di sisi.
Sepanjang pengemberaanku mencari nilai persahabatan yang sebenar amat menyakitkan. Kerana... bagiku, untuk mendapatkan jawapan yang sebenar, kita perlu terlebih dahulu untuk memahami diri mereka terlebih dahulu. Dan dalam usaha untuk memahami mereka itulah, kadang-kala, kita perlu mengetepikan perasaan kita sendiri, dan mengorbankan perasaan gembira yang dimiliki demi memiliki hati sahabat.
"Wah, hebat betul falsafah kamu dalam persahabatan!"
"Ye ke? Saya takkan sekali berbuat sedemikian rupa. Tak sanggup la."
"Dia taknak berkawan dengan saya pun takpe, tak kisah."
Itulah jawapan yang sering atau mungkin dilontarkan oleh sesetengah individual yang masing-masing mempunyai prinsip yang berbeza. Tapi bagi diri ini, bila berkawan aku ingin sampai bila-bila.
Dulu sikap egoku sering sahaja mendahului dalam setiap tindakanku. Namun, kini aku ingin mengubah diri menjadi lebih baik. Sejarah suka duka dalam bersahabat berjaya mematangkan diriku. Ya Allah, kuatkan diriku agar tabah dalam menjalani liku-liku kehidupan ini.
Semasa pengajian aku di bumi ilmu ini, berbagai ragam orang yang aku temui. Betapa beratnya kepiluan yang perlu aku tanggung. Dah nak habis pun satu semester di sini, terlalu banyak perkara yang aku pelajari. 'Mereka' inilah yang mem'bahagia'kan ku jua me'nyedih'kan ku. Dari situlah, aku teladani segala apa yang terjadi. Memang menyakitkan, namun, kita perlu bersabar. Ya, bersabar lah yang menjadikan diriku kuat. Kerana, aku sering teringat kalamullah;
(Surah Al-Baqarah, 2:153)
"Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah beserta orang-orang yang besar"
SUBHANALLAH ^_^.